DEWAN RAJA MUDA MUSA (DRMM) merupakan salah satu fasiliti utama yang terdapat di Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor (KBKNS). Mula beroperasi sejak tahun 2012 dan pejabat pengurusan terletak di aras 4, KBKNS.

Dibawah Pengurusan Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM), dewan bankuet ini sering kali menjadi pilihan sebagai lokasi untuk majlis-majlis seperti perkahwinan, majlis korporat, majlis makan malam , karnival jualan, karnival sukan dan lain- lain acara.

Dengan berkeluasan 1,776 meter persegi dan ketinggian dewan yang melebihi 16 meter, DRMM adalah dewan yang berkapasiti besar di Shah Alam dengan kemampuan menampung 3000 ke 4000 tetamu dalam satu masa bergantung kepada susun atur. Selain itu, dewan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti bilik seminar yang boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa. Kemudahan asas seperti Surau , tandas dan tempat letak kereta yang luas juga disediakan secara percuma. Dewan ini juga dilengkapi dengan bilik Anggerik dimana kebiasaanya digunakan oleh tetamu kehormat yang terletak bersebelahan pintu masuk utama dewan.


Pelbagai program telah dijalankan bergantung kepada kesesuaian sesuatu program tersebut. Antara program menarik yang telah dijalankan adalah pertandingan Akhir Super Spontan All Star 2015 yang bersiaran secara langsung , acara jualan Fiesta Usahawan 2016 , Bazar lepak dan banyak lagi.

DRMM juga boleh dirujuk melalui laman sosial media iaitu facebook dan Instagram “Dewan Raja Muda Musa”. Di sosial media , kami kongsikan gambar-gambar serta maklumat semasa berkenaan program yang berlangsung di DRMM.  Dengan pasukan yang berpengalaman didalam bidang pengurusan acara , kami yakin DRMM adalah lokasi yang sesuai untuk apa jua acara dimana ianya sesuai dengan moto kami “ Your event venue with great aspiration”.